KUALA LUMPUR: Kumpulan Ethis, melalui anak syarikatnya HASAN, telah melancarkan program bagi memperkasa syarikat baru dalam ekonomi halal.
Dikenali sebagai HASAN Accelerator, program itu dirancang untuk memacu inovasi dalam industri halal dengan menyediakan modal dan sokongan strategik kepada syarikat pemula.
Program itu menawarkan pendekatan holistik yang menyatukan bantuan kewangan, nasihat strategik dan akses kepada pangkalan data besar umat Islam.
Dengan pelaburan yang meliputi pelbagai sektor dari teknologi hingga gaya hidup halal, HASAN Accelerator menawarkan pembiayaan dalam julat ASD60 ribu hingga ASD250 ribu.
Pengarah Urusan Kumpulan Ethis, Umar Munshi, berkata program itu mengatasi cabaran utama yang dihadapi syarikat pemula Muslim dengan menyediakan ekosistem komprehensif dalam ekonomi halal.
“Platform digital ini mendapat sokongan penuh pihak Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).
“Program akan berjalan selama lapan minggu, memilih dengan teliti 10 syarikat permulaan setiap kitaran untuk menerima pembiayaan dan sokongan yang berterusan.
“Kemuncak program ini adalah Hari Demo tahunan di mana graduan dapat mempamerkan pencapaian mereka kepada pelabur dan rakan kongsi pembiayaan," katanya.
Mengulas berkenaan industri sasaran, pihaknya bersifat terbuka dengan tumpuan diberi kepada kewangan Islam, makanan halal dan perdagangan halal.
Dalam pada itu, menurut Ketua Perhubungan Pelabur, HASAN, Mohd Akhtaar, berbekalkan pengalaman yang panjang dalam ekonomi Islam, ia mendayai mereka sebagai hab bagi pelabur menembusi sektor tersebut.
“Dengan pelancaran program ini, HASAN menetapkan standard baharu dalam memupuk pertumbuhan syarikat pemula dalam industri halal, sekali gus menandakan langkah penting dalam memajukan ekonomi penting ini," ujarnya ketika majlis pelancaran HASAN di ibu kota pada Sabtu.
Platform tersebut dijadual tersedia untuk diakses bermula pertengahan Mac.
Selain Malaysia, platform itu dijangka mampu menembusi beberapa pasal global seperti Indonesia, Singapura dan Timur Tengah.
Nabilah Khaleeda
Mon Feb 19 2024
Dengan pelaburan yang meliputi pelbagai sektor dari teknologi hingga gaya hidup halal, HASAN Accelerator menawarkan pembiayaan dalam julat ASD60 ribu hingga ASD250 ribu. - Gambar HASAN
Nahas Helikopter: Cuaca buruk sukarkan operasi SAR Raisi
Persatuan Bulan Sabit Merah Azerbaijan berkongsi rakaman menunjukkan pasukan penyelamat sedang bertungkus-lumus dalam operasi mencari dan menyelamat nahas yang melibatkan presiden Iran Ibrahim Raisi.
Rakyat Iran solat hajat mohon kesejahteraan Raisi
Orang ramai berkumpul di ibu negara Iran, Tehran bagi bersama-sama bersolat dan berdoa susulan insiden nahas helikopter yang melibatkan Presiden Ebrahim Raisi di barat laut negara itu.
Sebuah rakaman presiden iran dalam helikopter dikeluarkan
Dalam pada itu, sebuah tv nasional Iran pada Ahad mengeluarkan rakaman yang menunjukkan presiden Ebrahim Raisi dan delegasinya menaiki helikopter sebelum ia terhempas.
Helikopter tersebut dilihat melintasi sebuah empangan dalam lawatan beliau ke barat laut negara itu.
Helikopter tersebut dilihat melintasi sebuah empangan dalam lawatan beliau ke barat laut negara itu.
[TERKINI] Helikopter Terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Sebuah helikopter yang membawa Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luarnya terhempas pada Ahad ketika melintasi kawasan pergunungan dalam kabus tebal.
Dua maut, lima hilang bot dan kapal bertembung
Lapan orang dewasa berada di atas bot bermotor kecil itu ketika berlaku perlanggaran.
Serpihan komet melalui langit Portugal, Sepanyol
Fenomena astronomi berkenaan dapat dilihat dengan jelas di pelbagai bahagian di Sepanyol dan Portugal.
500,000 kanak-kanak di Gaza alami trauma perang - UNRWA
Lazzarini turut mendakwa tentera Israel bertindak menceroboh premis PBB dan mengganggu kakitangan UNRWA.
Tok Mat doa operasi SAR Presiden Iran berjalan lancar
Mohamad Hasan mendoakan kelicinan operasi mencari dan menyelamat nahas helikopter yang melibatkan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luar Iran.
Raja Salman jalani rawatan radang paru-paru
Raja Salman yang berusia 88 tahun itu akan dirawat dengan antibiotik sehingga keadaan radangnya pulih.
Chelsea layak beraksi di Eropah musim hadapan
Caicedo meletakkan mereka di landasan untuk tiga mata pada separuh masa pertama dengan penyudah jarak jauh yang menakjubkan.
PKS, syarikat pemula digalak mohon geran LiKES - TalentCorp
PKS dan syarikat pemula termasuk yang beroperasi di luar bandar digalakkan untuk memohon Geran Padanan Latihan Industri untuk PKS (LiKES).
HASAN lancar program tawar peluang dalam ekonomi halal global
HASAN Accelerator, program memacu inovasi dalam industri halal dengan menyediakan modal dan sokongan strategik kepada syarikat pemula.
OpenAI kini bernilai sekitar AS$80 bilion
Ini sekali gus menjadikan OpenAI antara syarikat pemula bernilai tinggi di dunia, di belakang SpaceX dan juga ByteDance.
Pulau Pinang sebagai lokasi pupuk kejayaan pemula niaga, syarikat besar tempatan bidang teknologi
Pulau Pinang sebagai Lembah Silikon di Timur, adalah lokasi pemupukan kisah kejayaan syarikat pemula niaga dan syarikat besar tempatan.
Kerajaan sasar perluas ekosistem ekonomi digital, tidak lagi tertumpu pada syarikat Unicorn
Tumpuan industri teknologi dan digital negara kini tidak lagi dipandu dengan sasaran mewujudkan lima syarikat Unicorn seperti dahulu.
PETRONAS FutureTech 3.0 pacu pertumbuhan syarikat pemula
PETRONAS FutureTech 3.0 turut memberi peluang berinovasi antara korporat-korporat terkemuka dan syarikat pemula teknologi berpotensi tinggi di Asia Pasifik.
Belanjawan 2024: Kerajaan sedia RM28 juta bangunkan platform MYStartup - Anwar
Kerajaan akan memperuntukkan sejumlah RM28 juta bagi membangunkan platform MYStartup sebagai tetingkap tunggal yang menghimpunkan syarikat pemula niaga.
MOSTI giat galakkan pertumbuhan hab teknologi di Malaysia Timur
MOSTI giat dalam usaha menggalakkan pertumbuhan hab teknologi di Malaysia Timur menerusi penyediaan latihan, sumber dan bimbingan untuk usahawan teknologi baharu.
Antler, Khazanah jalin kerjasama sokong ekosistem pemula tempatan
Kerjasama bersama Antler merupakan pelaksanaan terbaru bagi sebuah inisiatif di bawah Dana Impak dikenali sebagai 'Future Malaysia Programme' untuk menyokong ekosistem pemula tempatan.
Kerajaan bakal beralih kepada GovTech, semarakkan industri syarikat pemula - Rafizi
Kerajaan bakal beralih kepada perkhidmatan awam berasaskan teknologi (GovTech) sebagai langkah untuk menyemarakkan lagi sektor syarikat pemula di Malaysia.